Selasa, 5 Julai 2011

Masalah-2 kesihatan REPRODUKTIF



BAGI WANITA

KANSER PAYUDARA
Fakta:-
  • 9 daripada 10 wanita yg mengalami masalah payudara adalah pada tahap awal atau "benign"
  • Kanser payudara adalah kanser no 1 yg sering dialamai oleh wanita Malaysia.
  • Kanser payudara adalah pembunuh utama pengidap kanser wanita di malaysia.
  • 60% pengidap kanser payudara di Malaysia adalah wanita pra-menopous berbanding peratusan pengidap di Barat di mana hampir 80% daripadanya adalah wanita berusia 50 tahun ke atas.
  • Kanser payudara di kalangan kaum lelaki semakin bertambah.  
Faktor2 Berisiko Menghidapi Kanser Payudara:-
  • Wanita, sudah berusia, tubuh berukuran agak tinggi
  • Berkaitan dengan hormon estrogen:
    • tidak pernah mempunyai anak
    • mengalami haid pada usia terlalu muda
    • menopous pada usia terlalu tua
  • Mempunyai sanak saudara yg pernah menghidapi kanser payudara
  • Mempunyai sejarah menghidapi kanser payudara
  • Mewarisi sel gen yg terganggu
  • Diet yg tinggi lemak, caragaya hidup yg tidak aktif, pengambilan alkohol

KANSER SERVIKS
Kanser serviks (pangkal rahim) pula lebih unik kerana kebanyakkan jenis kanser ini BOLEH dicegah. Namun, di Malaysia dan juga di negara-negara membangun yg lain kanser ini masih menjadi kanser pembunuh ke 2 dikalangan wanita. Ini sangat berbeza dengan negara2 maju yg telah berjaya mengamalkan 'Program Pap-Smear' dan hasilnye kanser ini telah turun ke anak tangga ke 8 @ ke 9 sebagai kanser pembunuh wanita.

BAGI LELAKI 

KANSER PROSRTRATE
Kanser reproduktif lelaki (cthnye kanser prostrate, kanser testis dll) bukanlah kanser pembunuh utama lelaki. Di kalangan Caucasian (Barat), kanser ini hanyalah 1% sahaja daripada jenis kanser yg dihidapi oleh kaum lelaki. Walaupun begitu, risiko menghidapi kanser ini adalah 4 hingga 5 kali lebih tinggi di kalangan lelaki Asia. Ia cenderung menyerang lelaki muda berusia 20-35 tahun dan kanser ini akan merebak ke peringkat yg lebih serius dalam masa yg singkat.


-MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT. AMALKAN HIDUP SIHAT-

Tiada ulasan: