Selasa, 4 Oktober 2011

JaLaN-jALan aJeR....................

Hari sabtu yg lepas aku n fmly kuar ronda2 bndar melaka dan sempat juge ke Port Dickson.... Kire jalan sakan ah hr tu.... Dari pagi ke malam.... Skali skale bawak fmly kuar jalan2.(hby aku cakap). Aku ok jer sronok ler dapat kuar jlan2. Asyik terperap kt umah jer...Maklumlah suamiku sntiasa bz. Anak2 pun ske.... Wpun letih mereka layan jer asalkan dapat kuar jalan2.... Sampai tertido dalam kete. 
Keesokkan hrnye kami kuar main bowling plokkkkkkkkkkkkkkkkkkk....... kirenye ct hjung mggu yg lepas adalah minggu bersiar2 bersame fmly.... Ni permintaan ank sulong ku... ajak main bowling tapi dia x main pun....mcmane nk main klu bola lbh berat dari dia..(hahahaha) Huby ajak member dia n fmly. Katenye main bowling ramai2 baru beshhhhh.Yang bestnyer tgk sape byk masyuk longkang...msg2 x pandai main tapi hentam jelah. yg penting hepy.Ala main tuk sronok2 x kisah ler masuk longkang pun. 
Malam tu hbis lenguh2 n sakit tangan aku... Mungkin sbb lontar bola bowling yg berat kot. Wpun sakit n lenguh2 tapi seronok... Minggu depan nk ajak hby main bowling lagi lah...
Terima kasih abg/ayah bawa maa n ank2 kuar jalan2. kami sronok sangattttttttttttttttttttttttttttttttttt.......
Terbaik punye landing kat kapalterbang....hehehe
Raif dan keretapi


Istana Kesultanan Melaka

Bergaya di dalam istana...he3

Meriam....kebooommmmm

Permandangan dari atas Kota A'Famosa......

Raif & Rayyan

Meriam lagi......

Raif seronokkkkkkkkk...

Nak lari aje Rayyan ni.....

Penat......brehat jap

Pelumba F1

Nak main jugakkkkkkk

Bowling dgn isteri member huby

Lontar dengan penuh semangat...kihkihkih

Model Bowling......



Sabtu, 9 Julai 2011

Rendang Kerang.....

Ni resepi yang ku masak tengahari tadi. Tapi mlm ni baru leh update. Maklumlah sibuk ngan anak2. Ni pun sitecit Rayyan baru je tdo. Tu yang jenguk blog jap. He...he...he... Anyway berbalik kepada rendang kerang, sebenarnya dah lame nk buat tapi hari ni baru tercapai.  Biasenyer masak rendang daging @ ayam so hari ni try ler masak rendang kerang. 
Ni firstime masak rendang kerang tapi alhamdulillah menjadi. Siap bagi jiran2 rase lagi.Resepi rendang ni sebenarnya dari mentua. Cara membuatnye memang senang sangat. Biaselah mentua ku cepat,ringkas dan sedap.Seingat aku firstime masak rendang mase raye pose tahun lepas. Tu pun rendang daging untuk dimakan dengan ketupat dan lemang. Sedaaap woooo....Sebelum ni x pernah masak. Makan adelah. kih3. Dulu arwah mak selalu masak bl time raye. Kini dah x de lg. Nak makan rendang kene masak sndri tapi rendang arwah mak the best. Aku rindu sgt masakan arwah mak...........................

Rendang Kerang


Bahan A:
Kerang
Santan
Kerisik
Air
Daun Kunyit 
Garam
Gula
Serbuk Perasa

Bahan B: 
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Cili Kering
Cili Padi 
Serai
* semua bahan B dikisar

Cara Membuatnyer: 
Masukkan semua bahan B yang telah dikisar lumat ke dalam kuali.Masukkan santan, kerisik dan air. Biarkan mendidih kemudian masukkan kerang, gula,garam, serbuk perasa dan dimasak sehingga kuahnye agak pekat. Last sekali masukkan hirisan daun kunyit. Sedia dihidangkan...... 

Senangkan....... resepi rendang paling ringkas tapi sedap dari ibu mertua ku. Disini setiap bahan tidak dinyatakan kuantiti sebab aku letak jer mengikut kesesuaian. x pandai la main sukat2 ni. he...he...he



Selasa, 5 Julai 2011

Masalah-2 kesihatan REPRODUKTIF



BAGI WANITA

KANSER PAYUDARA
Fakta:-
  • 9 daripada 10 wanita yg mengalami masalah payudara adalah pada tahap awal atau "benign"
  • Kanser payudara adalah kanser no 1 yg sering dialamai oleh wanita Malaysia.
  • Kanser payudara adalah pembunuh utama pengidap kanser wanita di malaysia.
  • 60% pengidap kanser payudara di Malaysia adalah wanita pra-menopous berbanding peratusan pengidap di Barat di mana hampir 80% daripadanya adalah wanita berusia 50 tahun ke atas.
  • Kanser payudara di kalangan kaum lelaki semakin bertambah.  
Faktor2 Berisiko Menghidapi Kanser Payudara:-
  • Wanita, sudah berusia, tubuh berukuran agak tinggi
  • Berkaitan dengan hormon estrogen:
    • tidak pernah mempunyai anak
    • mengalami haid pada usia terlalu muda
    • menopous pada usia terlalu tua
  • Mempunyai sanak saudara yg pernah menghidapi kanser payudara
  • Mempunyai sejarah menghidapi kanser payudara
  • Mewarisi sel gen yg terganggu
  • Diet yg tinggi lemak, caragaya hidup yg tidak aktif, pengambilan alkohol

KANSER SERVIKS
Kanser serviks (pangkal rahim) pula lebih unik kerana kebanyakkan jenis kanser ini BOLEH dicegah. Namun, di Malaysia dan juga di negara-negara membangun yg lain kanser ini masih menjadi kanser pembunuh ke 2 dikalangan wanita. Ini sangat berbeza dengan negara2 maju yg telah berjaya mengamalkan 'Program Pap-Smear' dan hasilnye kanser ini telah turun ke anak tangga ke 8 @ ke 9 sebagai kanser pembunuh wanita.

BAGI LELAKI 

KANSER PROSRTRATE
Kanser reproduktif lelaki (cthnye kanser prostrate, kanser testis dll) bukanlah kanser pembunuh utama lelaki. Di kalangan Caucasian (Barat), kanser ini hanyalah 1% sahaja daripada jenis kanser yg dihidapi oleh kaum lelaki. Walaupun begitu, risiko menghidapi kanser ini adalah 4 hingga 5 kali lebih tinggi di kalangan lelaki Asia. Ia cenderung menyerang lelaki muda berusia 20-35 tahun dan kanser ini akan merebak ke peringkat yg lebih serius dalam masa yg singkat.


-MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT. AMALKAN HIDUP SIHAT-

Daging Masak Merah la plokkkkkkkkkkkkk

Hari ni mood masak datang ler. mungkin sebab pose tu rase nak makan yang sedap2 jer.... tibe2 jer rase nak makan daging masak merah untuk berbuke... yelah klu kat kdai menu tu ler pebret aku...tapi sepanjang hidup aku x pernah lagi try masak lauk tu.... hari ni sebab nak mkn sangat terpakse la aku belek2 resepi. klu huby ade kat umah cnfirm aku suh beli kat kedai jer.... he3. dah belek2 tu tjumpe la resepi nyer... rupenyer x ler sush pun care nk buat.... klu ku tau dah lme aku buat sndri...dengan semangat yang waja aku pun masak la daging masak merah dan inilah hasilnyer.... wpun x seindah rupe cam kat kedai tapi rsenyer tetap sme. sedaaappppp.............he3. puji diri sndri la plok.... x kisah la aslkan ape yang aku tingin nk mkn dah dapat.
 

Jumaat, 1 Julai 2011

My special boyfrend bezdy daa...............

1 Julai......... hari spesel wat suamiku tersayang. Hari ni genaplah umur abg ke 28thn..... tua doh yerrr...  Ayang doakan semoga abang panjang umur, murah rezeki & sentiasa bahagia bersama ayang dan anak2 kite yang makin membesar.........
Sorry ye bang x de hadiah untuk abang. yelah ayang kan x kije. x adil la plok klu beli hadiah untuk abang gune duit abang. he3. hanya doa seorang isteri kepada suaminye yang dapat ayang berikan. Wpun x de hdiah ingatkan nk celebrate kat umah. ayang nk msk spesel tapi abg duty lak hr ni. esok baru balik..... esok jelah kite celebrate.... menu istimewa singgam ikan tongkol + budu + ulam (febret abang kan) kih3
Ape2 pun we love u so much..... kami akan sentiasa bersama abang hingga akhir hayat... amin....
Che Nazli mase kecik
Che Nazli sekarang
Che Nazli sebagai ketua keluarga
Che Nazli sebagai ayah kepada 2 org putera kami

Khamis, 2 Jun 2011

MiTos DaLaM PeRHubuNGan

SAYA HANYA PERLUKAN SEORANG LELAKI/WANITA DALAM HIDUP INI
Anda perlu cuba bergaul dan mengenali peribadi sejumlah orang sebelum menentukan pilihan anda.

SAYA AKAN MENGUBAH SIKAP PASANGAN SAYA SELEPAS BERKAHWIN.
Adalah sangat sukar mengubah sikap dan tingkah laku pasangan anda. Tindakan itu biasanya akan meningkatkan ketegangan dalam perkahwinan anda.

PERKAHWINAN AKAN MENYELESAIKAN SEGALA MASALAH KEWANGAN
Masalah kewangan adalah punca utama keretakan rumahtangga. Adalah lebih baik jika membuat perancangan kewangan sebelum berkahwin.

JANGAN MELUKAI HATI INSAN LAIN
Jika anda tidak menyukai seseorang yang meminati anda, jangan memaksa diri untuk terus keluar dengannya. Adalah wajar memutuskan sesuatu perhubungan yang bersifat bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.


Go to fullsize image



Rabu, 1 Jun 2011

Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka

Di sini aku ingin kongsikan rahsia & kelebihan kayu kokka sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Kayu kokka telah digunakan sejak zaman nabi-nabi dahulu contohnya bahtera Nabi Nuh As dan tongkat Nabi Musa As.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
  1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.
  13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.


Rabu, 11 Mei 2011

Bezday................

Sempena bezday aku hari tu...... huby ajak pi main bowling. Wah bestnyer..... Almaklumlah dh lme sngat x main bowling wpun x pandai.. (asyik masuk longkang jer...kih3) Bukan aku je truja tapi ank aku yg sulong pun sme. Raif minat sngat ngan bowling wpun x leh main....
Huby bawak kami main bowling kat Mahkota Prade. Klako plok rase bwak baby pi main bowling....tp nasib baik Rayyan moodnyer ok. sikit pun x meragam. faham kot maa dia nak main bowling..... wpun bising dia tetap ok.............. senyum aje.
mase di awal permainan bola asyik masyuk longkang jer..............si hby sronok jer gelakkan aku... padahal dia pun sme (2x5 je masuk longkang). ni mgkin lme doh x main. tapi yang pasti aku dpt kalahkan huby wpun point x byak.....kih3
Raif sbuk je nk baling bola gak. sme2 ler baling ngan ayah......sbb tu kot point ayah skit.... berkorban demi isteri n ank......bagus tuuuuuuuuuuuu. I like....
After bowling Raif buat hal plok nak main game......x bagi mengamuk..... Bagi main smua bende plok nk main..... x larat ayah nk beli token.. pah satu2 raif nak main. Rayyan plok meragam nk main gak tapi x bleh....
Disebabkan ayah kalah main bowling time lunch ayah blanje Pizza.... nyum nyum sdap tuuuuuuuuuuuuuu. Makan plok kat tepi pantai bestnyer..... Raif tdo kepenatan dlam kereta.....
Ape2 pun trime kasih abang bwk kami jln2. Hepy sangat2...... Lain kali lawan bowling lagi k..... kite tgk sape pling banyak bola masyuk longkang.....kah3 :)

Isnin, 11 April 2011

D' Beach...

Mase balik cuti kat kampung baru2 ni aku & family sempat ler pergi berkelah........ bukan berkelah sangat tp mkan ramai2 kat tepi pantai. pantai gape name pun aku x ingat doh..... doh la mase tu musim hujan tp nasib menyebelahi kami smua.Petang nk g makn2 tu x hujan plok. klu x saje jelah kuar bawe makanan tp balik mkn kat umah gok....he3.Menu hari tu kire spesel gok la..... ikan siakap 3 rase + kailan ikan masin + telur dadar + sup sayur + tembikai + air sirap. tapi ade gok menu yang x dok dlam list tibe2 ade plok dalam bekas mkanan iaitu budu + jering...... ni mesti ade ler sesape yang rase nk mkn bawe menu sndri......




 Berkumpul adik bradik ni memang best. Klu arwah mak ade msti lagi sronok... Tapi aku tetap hepy sbb dapat bawe abah aku kuar jln2... abah pun nmpok beslera makn. mungkin sdap aku mask kot. (kih3 terprasan la plok)
Ape2 pun kenangan yang paling syokkkkkkkkkkkk....... Tgu abang aku balik dari Sabah  untuk berkelah lagi........ Dapat berkumpul smua adik bradik & makan kat tepi pantai plokkkkkkkkkkk

Ahad, 3 April 2011

testing..testing..1 2 3

saje saje tolong conteng untuk mu iza
tah tak tahu ar mung suka ke dok

Selasa, 8 Mac 2011

ANNIVESARY

Assalamualaikum..................

08.03.2011~ Genaplah 4 tahun aku melayar bahtera perkahwinan bersame insan yang kucintai Che Nazli B. Che Kamarudin. Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang putera yang comel Che Nazran Raif & Che Nazhan Rayyan.
Tarikh ini adalah tarikh keramat. Ia merupakan kenangan yang paling x dapat aku lupakan. Kenangan yang paling manis dan paling bersejarah dalam hidup aku.Sepanjang 4 tahun bersame pelbagai suke duke dlalui bersame. Sekejap je mse berlalu. Rasenye baru jer kami berkenalan. he3........
Yang x bestnyer.......hari ni patuttnyer kami celebrate same2 tp Che Nazli kene kije ler plok. Knplah abang kene duty hari ni plok. Tapi Che Nazli dah berjanji nak celebrate esok.... oklah tp x best ler tarikh dah brubah........................
Erm...... x kisah la sambut @ x. Yang penting kami saling ingat mengingati dan sentiasa sayang menyayangi antara satu same lain. Ya Allah ku mohon pada-Mu, semoga perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat kami. Amin..........


*Abang, ayang amat menyintai abang. Abang telah membahagiakan ayang, abang trime segala keburukan ayang, sanggup melayan krenah ayang yang kadang2 mengada2. (biaselah nk bmanje) Ayang harap abang pun same. I Love u so much Che Nazli.